AmEEnMusLIm

Sabda Rasulullah SAW, "Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci itu terdapat banyak kebaikan"

Tak Usah Kenali Aku

My Photo
Ameen Muslim
Hanya hamba Allah yang menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Dalam menempuhi semua rintangan, perasaan semakin menebal untuk bersuara,untuk dilepaskan dari hati dan diluahkan di dalam laman maya ini. Ya, aku sekadar insan yang inginkan keredhaan Yang Maha Kuasa.
View my complete profile

Kronologi Coretanku

::Ini Komen Anda::

Kau Sahabatku, Kau Teman Sejati

::Keluarga Ameen::

KLIK [DI SINI]


Selepas Sufian menyampaikan tazkirah, sesi syor dan teguran menyusuli. Seorang senior tingkatan empat berdiri. Nama panggilannya Abang Ben, nama betul Binhadi. Dia seorang basketballer kebangsaan dan juga naqib aku?! Wataknya tidaklah alim sangat seperti naqib-naqib yang lain. Cuma dia punya kelebihan dalam menyampaikan nasihat dan teguran. Lebih-lebih lagi, dia selalu guna analogi dan tamsilan.

Abang Ben pun mulai bersyarah,"Assalamualaikum. Malam ni saya nak buat teguran tentang 'junior yang cuba mencontohi perangai senior'. Sejak duduk di SMSLD ni, saya nampak ramai junior yang cuba meniru perangai sesetengah senior. Tapi cuba belajar jadi matang. Bukan semua perangai senior ni bagus untuk dicontohi. So, pandai-pandailah nilai mana yang bagus dan mana yang tak bagus untuk diambil."



"Kita ambil sebuah analogi - dari buah pisang, " Abang Ben memulakan tamsilannya membuat aku bersemangat untuk mendengar. "Kita ambil makanan di dewan makan setiap hari. Ketika nak ambil buah pisang, sudah semestinya kita ambil buah pisang yang elok, yang cantik. Mustahil ada yang nak ambil buah pisang yang sudah rosak, kulit hitam, yang lembik. Macam tu lah jugak dalam mencontohi perangai senior. Ambillah perangai yang baik, jangan pilih perangai yang buruk. Sekian untuk malam ni. Assalamualaikum!"

Kesimpulannya, buat adik-adik yang masih duduk di asrama atau sesiapa saja yang duduk dalam berjemaah - berfikir secara bijak dalam membentuk peribadi diri. Jangan dicontohi sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat kepada kita. Ingatlah, sebaik-baik ikutan ialah Nabi Muhammad SAW.


Allah SWT berfirman:



“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab:21)


Wallahu 'alam!


Read more...


Ya, dua bulan lagi aku akan bergelar sebagai ayah. Dua bulan lagi aku akan menimang cahaya mata pertama. Dalam dua bulan akan datang aku akan mengazankan dan mengiqamahkan anak sulungku. Ya ALLAH, tak sabar rasanya menunggu dua bulan terakhir ini.

“Ameen, awalnya nak balik. Tak nak makan dulu ke? Banyak kuih raya aku bawa ni.” pelawa Shamil, kawan baikku sejak dari METC sehingga bekerja dalam MAS.

“Aku nak tengok bini aku ni. Kau faham-faham je lah. Dia tu dah sarat nak bersalin,” ujarku sambil membuka penutup bekas kuih raya yang dibawa Shamil. “Ketat pulak bini kau tutup bekas ni. Aku bawa balik semua kuih ni boleh?” selorohku.

“Agak-agaklah bro. Aku tak makan lagi tu,” celah Jalal, dari belakangku. Kami bertiga ketawa kelucuan. Selepas merasa sebiji dua kuih raya itu, aku terus meminta diri untuk balik ke rumah.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku tak henti-henti memutarkan bacaan surah Yusuf dan surah Maryam. Sambil-sambil tu, bibirku turut bergerak membacakan ayat-ayat yang telah kuhafal dari kedua-dua surah tersebut.

Ramai yang cakap, kalau surah Yusuf dibacakan sepanjang isteri bersalin, anak lelaki yang bakal lahir akan menjadi seorang yang tampan dan bijak. Manakala, surah Maryam pula baik untuk anak perempuan. Aku amalkan saja. Betul tak betul itu urusan ALLAH.

“Assalamualaikum,” doa kesejahteraan kuucapkan.

Sunyi…

“Assalamualaikum, Humaira,” kulaung nama manja isteriku. Nama sebenarnya Aeesya.

Sepi… Tiada jawapan.

Hatiku terasa kurang enak. Berdebar-debar aku masuk ke rumah. Ternyata Aeesya tiada di ruang tamu dan di dapur rumah. Aku naik ke tingkat dua pula, mencari isteriku di kamar beradu kami.

Kedengaran bunyi air paip mengalir dalam bilik air di kamar beradu kami. Aku bergegas masuk ke bilik air. Kudapati darah membasahi lantai yang basah. Aeesya pula terbaring tidak sedarkan diri. “Aeesya!”

Kuangkat isteriku yang masih berlumuran darah. Aku berasa sungguh cemas melihat wajah putih isteriku menjadi begitu pucat. Dapat kurasakan air hangat mengalir deras di kelopak mataku. Sempat kuambil tuala lebar untuk menutupi rambut Aeesya.

“Bang Johan! Kak Saida! Tolong saya!” laungku.

Pasangan suami isteri sebelah rumahku keluar tergesa-gesa. “Ya ALLAH, apa dah jadi dengan Aeesya ni, Ameen?” Kak Saida segera membuka pagar rumahnya.

“Kita bawa dia ke hospital dulu!” Bang Johan segera masuk mengambil kunci keretanya. Harapkan aku memandu ketika itu, aku tak boleh. Tubuhku menggigil terkejut.

Ya ALLAH, selamatkan anak dan isteriku ya ALLAH.

bersambung…



Read more...

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya ALLAH, kumohon redhaMU dalam dakwah jemariku.



Teratak usang itu buruk, menjadi peninggalan turun temurun. Di dalamnya tinggal seorang pemuda yang bernama Qodri. Walaupun miskin, masyarakat sekeliling sangat menyenanginya kerana keperibadiannya yang baik, penyantun, jujur, dan amanah. Lantaran itu, Raja telah memanggilnya dan melantik Qodri sebagai tukang kebun istana.

Ketekunan dan kejujuran Qodri dalam pekerjaannya membuat Raja sangat kasih kepadanya. Semestinya sudah lumrah dunia, orang yang baik pasti ada yang dengki. Menteri-menteri kerajaan dan pembantu-pembantu istana yang lain berasa iri dengan layanan Raja terhadap Qodri.

Suatu hari, terlintas di hati Raja untuk menguji kejujuran Qodri. Maka, dipanggillah semua pembantu istana, menteri-menteri, dan pegawai tinggi kerajaan. Raja bertanya kepada semua yang hadir, "Adakah kalian sanggup mendengar dan melaksanakan titahku?"

"Sanggup tuanku!" jawab mereka serentak.

Raja kemudian mengeluarkan sebuah permata besar miliknya. "Sekarang aku perintahkan kamu untuk memecahkan permata ini," ujarnya.



Kesemua pembantu istana, menteri-menteri dan pegawai kerajaan menolak untuk melaksanakannya. Mereka mengatakan terlalu sayang kalau permata kerajaan yang amat berharga itu dipecahkannya.

Kemudian, raja menyuruh Qodri menghancurkan permata itu. Tanpa berfikir panjang, Qodri memecahkan permata itu dengan kapaknya. Kesemua hadirin terkejut melihat permata itu pecah berderai. Lantas, mereka memaki-maki dan memarahi Qodri atas kebodohannya memecahkan permata itu.

"Mengapa kamu memecahkan permata itu?" tanya Raja.

Dengan tenang Qodri menjawab, "Ampun tuanku. Patik hanya mentaati perintah tuanku untuk menghancurkan permata itu. Bagi patik, permata itu tiada nilainya jika dibandingkan dengan perintah tuanku yang mulia."

Mendengar jawapan itu, Raja tersenyum bahagia. Peristiwa itu menambahkan rasa kasih Raja terhadap Qodri. Hal itu menyebabkan kebencian semakin menebal dalam diri pekerja yang lain.

Suatu hari, Raja sekali lagi ingin menguji kejujuran dan kepintaran Qadri. Maka dikumpulkan seluruh penghuni kerajaan kemudian berkata, "Sekarang, aku bagi peluang kepada kalian semua. Apa saja barang berharga di sekeliling yang kalian pegang boleh diambil dan dimiliki."

>Suasana menjadi hiruk-piruk. Para menteri yang berdiri dekat dengan perhiasan kerajaan berebut mengambilnya. Ada yang mengambil emas, permata, dan banyak lagi barang yang berharga.

Tetapi, Raja hairan melihat Qodri hanya berdiam diri sahaja. "Mengapa kamu tidak mengambil barang berharga yang dekat dengan kamu?" tanya Raja.

Qodri menjawab dengan pertanyaan, "Patik hanya ingin memastikan perintah tuanku tadi, adakah benar tuanku menyuruh memegang barang berharga terdekat dan setelah itu barang tadi menjadi milik patik?"

"Benar" jawab Raja.

Serta-merta Qodri memeluk tubuh Raja. Semua yang hadir kaget melihat tindakan Qodri itu. Setelah Raja meredakan suasana, dia meminta penjelasan dari Qodri.

Qodri dengan bijaksana menjelaskan mengapa dia memeluk Raja, "Sesungguhnya barang yang paling berharga dalam kerajaan ini ialah Raja sendiri. Sesiapa yang memiliki Raja, secara tidak langsung dia telah memiliki seluruh kesenangan."

Kemudian Qodri melanjutkan hujahnya, "Begitulah tamsilannya untuk kita sebagai manusia. Jika manusia 'memegang' hubungannya dengan ALLAH SWT, maka ALLAH SWT (Maha Raja dari sekalian raja) akan bersama dengan kita setiap saat. Secara tidak langsung pertolongan serta bantuanNYA senantiasa bersama kita. Setiap doa dan hajat kita dikabulkanNYA. Dan kalau semua ini sudah wujud, maka seluruh ciptaan ALLAH SWT akan tunduk dan berkhidmat (melayani) kita."



Kesimpulan tamsilan

Sidang pembaca sekalian, berdasarkan tamsilan ini dapat kita simpulkan bahawa manusia yang berpegang dengan janji-janji ALLAH akan mendapat segala bentuk bantuan dariNYA tidak kira kesenangan dunia mahu pun di akhirat kelak.

Firman ALLAH SWT dalam Surah Muhammad ayat ke-7:



"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya DIA akan menolong kamu dan menetapkan kaki kamu."


Wallahu 'alam!


Read more...

Bismillahirrahmanirrahim.
Sesungguhnya dari ALLAH aku diciptakan, dan dari ALLAH jugalah aku dikembalikan.

Lama yang teramat aku berehat. Macam aku cakap sebelum ni, MALAS sebagai punca utama aku berhenti seketika dari berblog. Dan sebenarnya punca aku menjadi MALAS berblog kerana speed internet CELCOM broadband yang teramatlah kesiputannya membuat aku terus takde mood menulis. Idea datang mencurah-curah, semangat menulis pun menggunung setinggi Gunung Kinabalu, akan tetapi kebosanan tahap dewa time menunggu satu page nak buka terus membunuh kesemua energetic tersebut.

So, post ringkas aku kali ni just nak inform yang aku telah kembali ke dunia maya untuk meng-hoohaa idea aku. Yup! Banyak kontroversi yang berlaku dalam post-post aku sebelum ni. Dan insyaALLAH aku cuba berdakwah melalui bakat terpendam aku iaitu BIDANG PENULISAN. Tak kira lah Tamsilan ataupun cerpen.

Oh ya, selama aku tidak berblog. Aku sebenarnya bergiat aktif menulis dalam ILUVISLAM. Portal islamik yang sangat aku sayangi. In essence, semoga kita semua mendapat keredhaan ALLAH SWT dalam hidup ini tidak kira di mana saja kita berada!

Ameen ya rabbal 'alameen!

Wallahu 'alam!


Read more...

Bismillahirrahmanirrahim,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.
Semoga ALLAH swt mengampuni dosa kita bersama dan menerima amalan kita.

Seriously, semangatku mau berblog ni macam pudar sudah. Menaip malas. Beridea malas. Ndak tau la apa yang aku ndak malas. Aku still berblog jugak. Tapi di blog lain, blog yang orang ndak tau kewujudannya. Blog untuk aku sendiri. Meluahkan segala apa yang aku mau. Maaf ya kepada pengunjung, juga kawan2. InsyaALLAH kalau aku rajin, aku update. Ok la.

Wasalam. Read more...

Bismillahirahmanirrahim
Kumerintih, langkahku masih bertatih dalam usaha dakwah dan tarbiyah...

Buat pertamanya dan untuk selama-lamanya, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah memperkenankan kita untuk membaca post ini. Saat ini dapat ana rasakan agama Islam di METC di ambang kerosakan. Agama tidak lagi dijulang di atas kepala, tetapi diletak di bawah punggung (astaghfirullah).

Seusai berbual panjang dengan Abang Suhaimi dan Abang Ammar tentang kegusaran ana terhadap kemungkaran yang berleluasa di METC, ana balik ke rumah dan mengunjungi laman Halaqah.NET. Di situ, ana meluahkan masalah yang mengganggu gugat kotak fikiran ana. Ana luahkan tentang 'METC batch '08 yang jauh berpaling dari landasan Dinul Islam'. Alhamdulillah ana menerima feedback yang baik dari sahabat dan sahabiah Halaqah.NET.

Di ruangan itu, ana menceritakan bagaimana pelajar METC '08 sangat yang teramat sangat mengagungkan kawan mereka yang membelakangkan agama. Contohnya yang berlaku ketika salah seorang daripada golongan mereka dengan bangganya menceritakan bahawa dia tidak menunaikan solat Jumaat lebih 2 bulan. Kawan-kawan insan itu begitu kagum dengannya sehingga mengikut jejak langkah hina itu.

Ana juga menceritakan bagaimana salah seorang ahli rumah ana yang sangat menonjol kefasikan dan kemunafikannya dalam Islam. Sungguh, sehingga kini ana tidak mahu menegur insan itu kerana mulutnya tidak pernah berhenti mencarut dan menghina agama suci kita - Islam. Hal makhluk ini pernah ana kisahkan dalam post sebelum ini [Raja Puaka].

Dari sudut pandangan kaca mata kebanyakan METC batch '08, seseorang akan dianggap wira jika menginjak-injak agama. Jika anda berjaya meninggalkan solat 5 waktu, andalah role model mereka. Jika anda mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, andalah musuh utama mereka. Ya ALLAH, apa yang perlu dilakukan di sini? Turunkanlah hidayah-MU ya ALLAH!

Semalam (Sabtu, 8 Ogos) telah dijadualkan program Kursus Pengurusan Jenazah oleh Pentadbiran METC. Pada mulanya Admin meminta senarai pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus itu pada hari Khamis. Malangnya tiada yang menunjukkan rasa minat (ana dan beberapa orang sahabat tak dapat ikut serta kerana menghadiri forum agama di Serdang). Lantas, nama pelajar diambil secara rawak. Sungguh mengejutkan apabila daripada 24 nama yang terpilih, hanya 11 orang yang menghadirkan diri.

METC '08 (merujuk kepada yang membelakangkan Islam) menganggap terlibat dalam aktiviti keagamaan ibarat berendam di lautan najis. Islam itu menjijikkan bagi mereka. Oleh itu, sangat tidak mustahil jika kemungkaran berleluasa di sini. Tanggungjawab kepada ALLAH? "ALLAH kan Maha Pemurah. Nanti time tua esok lusa aku bertaubatlah," mungkin ini yang mereka fikirkan. Bagaimana kalau anda mati malam ni? Sempatkah anda bertaubat? - Soalan buat yang membelakangkan agama.

Ana diberitahu daripada kawan ana tentang salah seorang bath '08 METC marah-marah kerana namanya terpilih dalam Kursus Pengurusan Jenazah. Individu itu berkata, "Kursus jenazah - bukannya penting pun!". Astaghfirullahal azim (ayuh istighfar pembaca sekalian). Bukan individu itu saja berkata sedemikian, malah ahli rumah ana (sudah tentu Si Raja Puaka) yang terpilih dalam kursus itu juga sudah nekad untuk ponteng (dan dia memang ponteng pada hari program).

Ya Rasulullah,
Inilah umatmu yang engkau sayangi itu,
Inilah balasan mereka atas keperitanmu menegakkan Islam dulu,
Mereka tidak mengikuti sunnahmu,
Malah mereka meludah perjuanganmu.

Ya Rasulullah,
Aku sungguh takut dan teramat takut,
Dakwah Islamiah METC hampir tiada pengikut,
Kebanyakan mereka mengangungkan Taghut,
Semoga kami (daie) tidak tersangkut.

Pada-MU ya ALLAH,
Kami (daie) bermohon kepada-MU,
Tabahkan hati kami dalam menegakkan syiar-MU,
Lindungi kami dalam mentauhidkan-Mu,
Kuatkan sendi perjuangan kami dalam mempertahankan agama-MU.

Pada-Mu ya ALLAH,
Turunkan hidayah-MU di METC,
Semoga agama-MU utuh di hati,
Pada hati-hati yang selalu membenci,
Terhadap Islam, agama yang suci.

Rentetan kerisauan ini, sahabat dan sahabiah di Halaqah.NET mengesyorkan ana mebentuk kumpulan usrah bagi batch '08. Dulu memang adanya usrah tetapi tidak bertahan lama atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (naqib punyai komitmen yang jauh lebih penting di kampusnya sendiri). Ayuhlah sahabat-sahabat METC yang masih berpegang teguh dengan Dinul Islam, kita semarakkan perjuangan atas kalimah Laa ilaha ilallah! Hapuskan Taghut yang telah menjajah hati-hati METC '08 yang lain! Ayuh semua! Berjuanglah di jalan ALLAH! Takbir! ALLAHU AKHBAR!

Read more...

Bismillahirrahmanirrahim
Ya ALLAH, semoga imanku teguh di lereng kehidupan ini...

Suatu malam yang sangat gelap, bermulalah sebuah kisah kelam. Di mana kesesatan berleluasa tanpa batasnya. Syaitan-syaitan semua ketawa gembira. Di situ letaknya rumah puaka. Raja segala rumah puaka yang terdapat di Ara Damansara...

DI MANA RUMAH PUAKA ITU?Justify Full
G311 Jln PJU 1A/5, Ara Damansara. Di situlah letaknya Rumah Paling Berpuaka. Dan sebenarnya di situlah juga tempat tinggalku kini. sejarah rumah tersebut tidak pula ku ketahui. Tetapi aku mulai menyedari ada sesuatu yang aneh di rumah itu.


Misteri rumah tersebut ialah - 'barangsiapa yang dahulunya rajin ke surau untuk solat berjemaah, jika singgah di apartment G311 pasti akan melupakan surau'. Itulah misterinya rumah ini.

Ada puaka di rumah itu sangat kuat pengaruhnya. Puaka rumah itu tidak bersolat. Tidak menutup aurat. Selalu menonton video lucah. Selalu mencarut. Selalu menjauhi ajakan teman yang mengajak ke surau. Jika anda berani mengajak 'dia' menyembah tuhan, pasti yang teramat pasti anda akan dipulaukan. Lebih dahsyat, anda akan dihina dengan cercaan yang sangat dahsyat. (Rasulullah SAW juga dihina kerana menyampaikan kebaikan kepada orang jahiliah.)

MANGSA-MANGSA 'SIHIR' PUAKA

Mangsa pertama yang telah 'disihir' oleh puaka ini ialah seorang teman yang dahulunya sentiasa solat di surau termasuklah ketika Subuh. Mangsa ini juga sentiasa duduk bersama kami (pemuda-pemuda surau) mendengar kuliah agama. Namun, mangsa ini telah tersilap langkah apabila menjejakkan kaki di lantai apartment G311. Lantas, dia telah meninggalkan surau. Segala amalan dahulu lenyap serta-merta. Sangat menakjubkan bisikan puaka rumah ini.

Mangsa kedua, seorang yang berkawan baik dengan salah seorang daripada kami (pemuda-pemuda surau). Walaupun tidak solat di surau 5 waktu, sekurang-kurangnya dia menjenguk juga surau ketika Maghrib dan Isyak. Namun, sama seperti mangsa pertama, dia telah terpedaya dengan hiburan di rumah itu. Malah dia juga tidak turut meninggalkan solat seperti puaka tersebut.

PERKARA-PERKARA YANG DISOGOKKAN OLEH PUAKA

Aku tak tahu apa yang disogokkan oleh puaka itu kepada mangsa-mangsa ini. Aku tak mahu menjejakkan kaki ke bilik-bilik berpuaka. Nanti aku pula terpedaya. Namun, apa yang aku selalu dengar ialah bunyi tembakan dari komputer. Suara rengekan kesakitan perempuan dan dengusan nafas kasar lelaki dari komputer. Lagu-lagu black metal dari komputer. Arghh... yang penting semuanya datang dari komputer mereka!

PUAKA DI RUMAH PUAKA

Antara semua penghuni rumah puaka tersebut, ada satu puaka yang paling dahsyat. Kedahsyatannya sangat mengerunkan. Melihat matanya yang terbeliak saja sudah cukup mengecutkan perut anda. Melihat saiz badannya juga boleh menggugat kekuatan anda untuk berdakwah. Suaranya yang selalu menjerit perkataan-perkataan kotor juga boleh membuat anda boleh mati dengan telinga berdarah. Apatah lagi ketika menghina Islam, bertambah-tambahlah tatabahasa lucahnya. Mungkin kerana aku lemah, dia berani mempersenda Islam di depanku. Tetapi, di depan rakan daie (pendakwah) yang lain, dia cuba menutup mulut celuparnya dari berbuat demikian.

Antara ungkapan Ketua Puaka;

Sebaik saja balik dari kelas. Raja Puaka akan menjerit, "PANAS! PANAS! Masa untuk berbogel!" lantas menanggalkan uniform kemudian mengenakan boxer longgarnya. Wajarkah tindakannya dengan membuka aurat ini? Berikan aku fatwa yang mengatakan kita dibolehkan membuka aurat jika panas! Wahai Raja Puaka, tidakkah kau sedari bahawa kepanasan di neraka lagi dahsyat dari kepanasan dunia ini. Setitik api neraka jatuh ke bumi, nescaya tiada makhluk yang dapat hidup. Dan ketahuilah bahawa orang yang mendedahkan aurat akan dicampakkan ke dalam neraka beribu tahun lamanya. Engkau tak mahu berpanas di dunia, tetapi engkau telah menempah kepanasan akhirat!

Seterusnya, Raja Puaka pernah menyindir teman sebilikku kerana mengenakan kain sarung untuk bersembahyang. Puaka itu berkata, "Fuh, pakai kain sarung. Bahaya tu! Wawawa..." sambungnya dengan ketawa berpuakanya. Wahai Raja Puaka, berkain sarung lebih mulia daripada berboxer.

Raja Puaka juga pernah menyindirku kerana aku selalunya membiarkan lampu rumah terbuka selepas mengejutkan mereka untuk solat Subuh. "Adoiii!!! Terbakarlah lampu rumah ni kalau selalu dibuka!" Dia kemudiannya bangun untuk mematikan lampu sebelum menyambung tidurnya. Wahai Raja Puaka, nampaknya engakau lebih risau lampu rumah terbakar daripada dirimu sendiri yang akan dibakar di neraka kelak. Pelik sungguh engkau ni.

Wahai sidang pembaca, jangan contohi Raja Puaka. Nanti kamu akan binasa. Doakan dia agar dapat hidayah. Doakan aku agar dapat pertahankan iman di rumah berpuaka ini. Jangan berkunjung di rumah ini jika anda rasa anda tidak cukup kuat melawan godaan mereka. Aku sekadar menyampaikan kisah iktibar agar kita dapat renung bersama.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI...

Read more...

Bismillahirrahmanirrahim
Berhibur itu tiada salahnya, tapi berhiburlah dengan cara agama...



1 Ogos 2009, bersamaan dengan 11 Syaaban 2009.

PERKARA YANG MEMBUAT AKU NAK MAKAN DINDING STADIUM

Sampai di Stadium Malawati sekitar pukul 2.30 petang. Kami (pelajar METC) sepatutnya bertugas sebagai Security (AJK Keselamatan) sebagaimana yang diberitahu. Tiba-tiba kami disuruh mengutip sampah sekitar stadium. KUTIP SAMPAH?!

Kami ni AJK Keselamatan kah atau AJK Kebersihan?(Bengang!) Kasihan Abang Hilmi dengan Abang Daniel (UM). Tak pasal-pasal anak buah mereka (kami) jadi pengutip sampah. Lepas tu boleh pulak bahagian (tak tahu bahagian apa) suruh kami kawal trafik pulak!

Walhal waktu tu kami sedang urus parking VIP dan artis. Itu pun tak cukup tenaga kerja. Disuruh pulak buat kerja lain. Kononnya bahagian lain tak cukup orang. ("Apa kau fikir kami cukup orang?" saat tu aku hampir bertukar jadi HULK sebab penat dan YAK PUAS HATI.) Maaf Abang Hilmi dan Abang Daniel. Saya tak salahkan abang berdua, tapi tak puas hati dengan yang bagi arahan.

Apalah nilai kami di fikiran mereka agaknya? Bola? Boleh ditendang sana-sini. Maaflah kalau aku katakan, mereka (bahagian pengurusan) tak buat perancangan yang betul-betul sebelum buat program. Sepatutnya mereka fikirkan kemungkinan masalah yang berlaku. Jangan fikir kemungkinan dalam stage saja. Luar stadium serabut jugak!

OK! SELESAI BEBELAN AKU PASAL KETIDAKPUASHATIAN (ekceli, banyak lagi aku nak hamburkan. tapi aku pun faham jugak. setiap program pasti tak ketinggalan dengan kecacatannya. nobody perfect same as well as programme. but, after this pihak penganjur tolong buat post mortem betul-betul.)

CERITA GEMBIRA KETIKA KONSERT

Terdengar suara merdu nyanyian semua penyanyi nasyid pada malam itu. Opening song ialah lagu Tanpa Agama. Merdu. Gemersik. Mengingatkan aku kepada DIA (ALLAH). Terlupa seketika kekusutan sewaktu bertugas tadi.

Setiap lagu akan diselangi dengan persembahan yang berkaitan dengan lagu seterusnya. Aku berpuas hati dengan persembahan yang disampaikan oleh semua kumpulan nasyid. Namun, antara banyak-banyak kumpulan - I GIVE TWO THUMBS UP to SHOUTUL HAROKAH. Mereka berjaya membangkitkan semangat mahasiswa dan penonton pada malam itu selaras dengan motto mereka 'MENINGKATKAN KEGHARIRAHAN PERJUANGAN FISABILILLAH'.

PENUTUP

Dua tapak tangan kusatukan memohon maaf atas kelancangan aku menulis post ini. Cuma aku ingin memberitahu apa yang tak sepatutnya berlaku supaya di lain waktu perkara seumpama ini tidak berulang lagi. Apa-apa pun, tahniah kepada GAMIS kerana berjaya menganjurkan program hiburan berbentuk dakwah seperti KONSERT ANTARA DUNIA ini.

Takbir!
ALLAHU AKHBAR!

Catatan:

  • Sebelum konsert, aku ada exam. Doakan kejayaanku.
  • Selepas Asar ada ceramah di surau tapi aku tak dapat datang atas sebab tugas di stadium.
  • Abang Suhaimi tasykil aku untuk ke malam 'AMALAN MASJID SRI PETALING', pun aku tak dapat pergi atas alasan yang sama.

Candid TIME!!!

Possing sementara menunggu penonton masuk









Mangsa buli... disuruh kutip sampah! (Bukan tugas AJK Keselamatan)

Iqbal dan Azhar berehat sebentar selepas kutip sampah.


Uiks... penyanyi nasyid!

Eh, Ariffin Hijjaz! Berkesempatan jugak aku naik kereta artis. Aku tunjuk jalan ke kaunter tiket.


Security jaga parking VIP dan artis.








Alhamdulillah, selesai juga akhirnya...

Read more...

Bismillahirrahmanirrahim
ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR!

Kaifa haluukum (apa khabar kamu semua?). Lama. Sungguh lama. Blog ni kalau boleh dijadikan rumah, pasti dan pasti banyak sawang yang bergentayang di sana-sini. Aduhai, apalah yang buat aku jadi malas ni? Idea banyak. Datang mencurah-curah. Cuma malas yang menjajah jasad ini. (Geleng kepala).

Sebelum ini aku pernah tanya kawan-kawanku tentang sebuah lagu (aku tak tau tajuk lagu tu time tu). Kawan aku semua geleng kepala tanda tak tahu dan tak ada lagu yang kumaksudkan. "Lagunya macam ni; 'kau pendorong bukan pendesak, apalagi memaksa diriku'. Pernah dengar tak?" Begitulah aku ketika mencari lagu tu.

Persoalannya. Mengapa aku beriya-iya mahukan lagu tu?
Jawapannya. Pasal aku rindu dengan walidku, atau abiku, atau ayahku, atau bapaku, atau orang tua lelakiku.
Keputusannya. Kutemui juga lirik lagu tu beserta mp3 nya sekali. Lagu nasyid berjudul SENTUHANMU.

Liriknya seperti di bawah;


Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..



Ya ALLAH. Mendalamnya maksud lagu ni. Menangis? Malu juga nak mengaku tapi of coz la aku menangis dengar lagu ni. Cuba hayati lagu ni betul-betul. Seorang ayah sanggup bersusah-payah untuk anaknya. Sedangkan anaknya langsung tak berterima kasih atas usaha ayahnya itu.

Ya walidi, lau samahtu (wahai ayahku, ampunkan aku!). Wahai insan yang bergelar anak! Sayangi ayahmu!

Aku bukanlah anak yang rapat dengan walid. Tetapi aku sayang walidku. Dialah yang berkorban masa menghantar kami adik-beradik ke airport. Dia jugalah yang menjemput kami di airport. Umi cakap, walid menunggu di airport sejak pukul 6pm walaupun kami sampai pukul 8-9pm macam tu.

Umi juga cakap, walid sanggup panjat pokok buah terap (buah tempatan Sabah) yang tinggi semata-mata untuk anaknya yang balik dari tanah semenanjung. Gembiranya walid menyambut kepulangan kami adik-beradik.

Walid kerja siang malam untuk kami sekeluarga. Awal pagi lagi sudah bangun untuk ke kebun. Tengah hari walid balik sekejap di rumah untuk makan dan menyambung semula kerja di kebun waktu petang. Sebelum maghrib walid akan balik semula ke rumah.

Kenangan bersama walid juga ada suka-dukanya. Yang sukanya ialah walid menggalakkan aku (aku seorang saja lelaki dalam adik-beradik) berkapel time di sekolah. (Ketawa) Pasal walid dulu rajin ke sekolah disebabkan girlfriendnya. Walid dulu playboy sekolah' tapi sudah insaf (walid dulu gila-gila remaja).

Kenangan duka time walid difitnah. Bukan sekali, tapi dua kali. Pertama walid difitnah mengamalkan ilmu hitam. Ada orang tuduh walid sebagai balan-balan (penanggal) pasal atap rumah kami semuanya jenis asbestos tapi ada sekeping atap jenis zink terselit. Biasanya pengamal balan-balan buat macam tu untuk memudahkan kepala mereka terbang keluar hisap darah. Walhal hakikatnya atap rumah kami bocor. Walid tak mampu nak beli asbestos. Pasal tu guna zink. Yang kedua tu tak payahlah aku cetikan. Yang penting walidku tidak bersalah untuk kedua-dua fitnah.

Halusran b. Umor
Ayah kepada enam orang anak
2 Mac 1960 (4 Ramadhan 1379H)
Peneroka FELDA





DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”
Riwayat Muslim

SAYANG WALID. SAYANG WALID. SAYANG WALID.

Read more...

::Pemuda Soleh::

::Pemuda Soleh::

::Masa Untuk Beribadat::

::Ajal Mendekati Kita::

::Jom Solat::




::Ameen Box::




ShoutMix chat widget

::Date Conversion::











Date Conversion

Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year






::Dugaan Ameen::


SABDA RASULULLAH SAW:
Orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah:
i. Mukmin yang dengki kepadanya.
ii. Munafiq yang benci kepadanya.
iii. Syaithan yang menyesatkan.
iv. Kafir yang memeranginya.
v. Nafsu yang sering bertarung
untuk mengalahkannya.

::Jangan Letih Berbuat Baik::

::Ukhuwah Fillah::


"Ukhuwah doesn't always need togetherness, doesn't need everyday conversation, as long as the friendship lives in our heart and our prayer in remains abadan abada."

::Zikir Harian 1000x::

Jumaat
يا الله

-Rahmat allah hampir dan jauh dari azab Allah.

Sabtu

لااله الا الله
-Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad

يا حى يا قيوم
-Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin

لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
-Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد

-Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu

أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
-Dihapuskan 1000 dosa.


Khamis

سبحان الله العطيم وبحمده
-Tumbuh tanaman syurga baginya.

::Mari Bercinta::


Tanda-tanda Cintakan Allah:

-Cinta kepada kematian
-Bermunajat kepada Allah
-Sentiasa berzikir kepad Allah
-Berjuang ke jalan Allah

::Buatmu Teman::


Buatmu Teman

Andai Imam Hassan Al-Banna kisah perjuangan,
Andai Umar Abdul Aziz kisah pemerintahan,
Andai Bilal bin Rabah kisah kehambaan,
Maka kita adalah kisah persaudaraan.

::Tazkirah Bersama Ameen::


3 AMALAN YANG MENGHAPUS DOSA:


1.Menyempurnakan wuduk
2. Memeperbanyakkan langkah ke masjid.
3. Menunggu waktu solat

::Doa yang Mustajab::

· Doa ibubapa
· Doa orang yang dizalimi.
· Doa orang yang dalam kesusahan.

::Kelebihan Majlis Ilmu::

Rasulullah bersabda yang bermaksud;
“Barang siapa melakukan solat berjemaah dan duduk dalam majlis ilmu serta mendengar firman Allah lalu mengamalkannya, maka Allah Taala akan memberinya 6 perkara iaitu:

  1. Rezeki dari usaha yang halal.
  2. Selamat dari azab kubur.
  3. Menerima kitab dengan tangan kanan.
  4. Melalui sirat bagaikan kilat yang menyambar.
  5. Dihimpun bersama para nabi.
  6. Allah membangun untuknya sebuah gedung disyurga dari permata merah yang mempunyai empat puluh pintu.

::Tamsilan Ilmu:


"Ilmu yang berguna itu seperti permata di dalam timbunan kaca. Sinarnya sukar untuk dibezakan. Carilah ia walaupun jemarimu luka. Sentiasa suburkan hidupmu sebagai insan yang cintakan ilmu."

::Pemuda dan Penua::

"Golongan MUDA kaya dengan speed,
Golongan TUA kaya dengan pengalaman,
Maka kedua-duanya perlu bersatu untuk menghasilkan gerakan yang MAJU dan LAJU..."