Gelombang fitnah melanda dunia Islam. Rasulullah s.a.w. sudah tiada. Maka suaminya yang mengambil alih menjaga ummah. Saat itu, pemberontakan berlaku. Rumah pasangan suami isteri tersebut dikepung dek para pemberontak! Mereka ingin membunuh si suami!
Beberapa orang pemberontak berjaya melepasi tali pagar rumah mereka. Maka, si isteri menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yang ikal. Bukan sengaja dilakukan, namun situasi cemas membuatkan dia sedikit terleka.
"Dinda,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung. Sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya kepadaku daripada nyawaku sendiri!" tegur si suami. Teguran itu tidak hinggap di telinga si isteri, kerana dirinya ketika itu hanya ingin melindungi nyawa suaminya.
Seorang musuh menerobos masuk dan menyerang dengan pedang pada saat si suami sedang memegang mushaf al-Quran. Tetesan darahnya jatuh pada ayat 137 surah Al Baqarah yang berbunyi, “Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka.”
Seseorang pemberontak lain masuk dengan pedang terhunus. Si isteri menahan pedang yang ingin menetak suaminya sehingga jari-jemarinya terputus. Jeritan kesakitan si isteri menyebabkan pengikut suaminya datang lalu membunuh lelaki tersebut.
Perlahan-lahan, si isteri menghampiri jasad suaminya yang sudah membujur kaku. Air matanya mengalir menangisi pemergian seorang sahabat nabi. Ya, suaminya merupakan antara sahabat terulung nabi.
Si suami itu, Khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.
Si isteri itu, dialah srikandi yang wajar dicontohi. Namanya jarang didengari dek penghuni dunia, namun selalu disebut oleh penghuni syurga. Dialah... Nailah Al Farafishah!
Sekian!